Kelas Ict - Jom Buat Jadual Waktu Belajar Di Rumah

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2019 telah diadakan Kelas ICT yang merupakan kesinambungan dari kelas-kelas yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar.

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.

Pada sesi kali ini, para pelajar diajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual. Para peserta diberi latihan iaitu membuat jadual waktu belajar di rumah dengan menggunakan Microsoft Excel.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas